Lokasi: LIVE @ home!
Antara perkara menarik tentang AJL ke-24 dari pengamatan saya yang bukan siapa-siapa dalam indusri hiburan negara:
1. Tak 'draggy' dengan pemansuhan kategori dan 3 gandingan 'anchor hosts' yang witty - Ally, Cheryl dan FBI -- ada
chemistry dan tak menjemukan! Jauh lebih baik jika dibandingkan dengan gandingan Fafau-Afdlin Shauki dalam Anugerah Skrin (maaf yer abang Afdlin!). Ada sesuatu yang tak kena walaupun Fafau dan AS masing-masing punya kredibiliti dan
charm yang tersendiri. Mungkinkah gandingannya yang tak berapa sesuai atau skrip yang kurenggg? Tak pun, bak kata Stacy, ops, terlebih sudah!!!
2. Tema yang mudah diadaptasi jadi tak ada rekaan baju yang bukan-bukan sehingga mencetuskan kontroversi - Maaf, sekali lagi memetik tema 1001 Malam ala
Arabian Night menerusi Anugerah Skrin, ada yang tutup di atas tapi buka di bawah...
3. Selain artis
senior Faizal Tahir dan Misha Omar, AJL dimonopoli artis-artis muda dari program realiti TV yang rata-ratanya dilabel 'artis mi segera'. Tetapi saya percaya, yang membawakan mereka ke tahap AJL yang dibarisi juri-juri profesional adalah disebabkan bakat yang menepati citarasa semasa...
They are the answer to the current demand and supply. Yang menonton rancangan secara langsung ini? Mencecah angka 4.5 juta (Dari sumber saya. Mungkin ada yang boleh mengesahkan fakta ini).
* I always like the song Bercinta by Faizal Tahir about the love-hate relationship. Plus, I love Akim's perfomance with the string strap in the AF7 final concert. Creative. Very creative. And it's amazing to see Akim performing his own 'Bengang' number alongside the original singer FT (of 'Bercinta' song that granted him 3rd place overall) on the same AJL stage -- so close but yet so far!
4. Dengarnya belambak-lambak pemegang tiket dan jemputan yang 'tersadai' di luar pintu masuk Stadium Bukit Jalil sebab tempat duduk dah penuh sangat. Bukan sekadar tak dapat menonton di luar sebab tak ada skrin besar yang disediakan; malah para ada yang diarah pulang pula... Berapa kapasiti stadium? Dan berapa pula tiket yang dikeluarkan dan jemputan yang diedarkan yer? Musykil, musykil. (Dari sumber saya. Mungkin ada yang boleh mengesahkan fakta ini).
5. Rezeki Aizat yang tidak jemu-jemu memperjuangkan kreativiti seni dari hati yang tulus, mulus... mungkin juga rezeki pasangan bercinta bila sama-sama berjaya menggondol anugerah teratas dalam bidang masing-masing -- LJ dalam bidang lakonan dan Aizat dalam bidang nyanyian. Tahniah!
6. Persembahan selingan 'Tribut Buat Era Kegemilagan Kugiran' paling
best dan sangat bermakna bagi peminat muzik tanahair. Usaha TV3 menjejaki dan membawa kembali Datuk Jeffrydin &
The Siglap 5, Carefree dan
Search sebelum menampilkan band anak muda
Meet Uncle Hussein dengan penampilan Black Mentor 3 harus diberi kredit. Tak perlu persembahan yang bukan-bukan dengan baju penari berbulu pelepah berwarna-warni atau props yang merepek, meraban... Pasti terubat melihat kembali 'the pop yeh yeh swing', rambut afro Jay Jay dan seluar ketat/kilat beserta rambut rock Amy Search!
* Do you know that Black's (of that Mentor 3 show) real name is Muhammad Hanafi Hanafiah??
* I would like to end this entry by quoting a nicely put article written by miss Azhariah Kamin from The STAR online, http://star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2010/1/12/music/5448788&sec=music
for your ref:"...Unlike previous years, this year’s event was highly enjoyable as the singers performed their level best with commendable showmanship.
It came as a flash of new hope for the music industry.
Gone are the days when singers turned up in elaborate costumes and backed by busloads of dancers with those same old dance steps.
What we saw on Sunday night was fresh creativity from young talents such as Aizat, Yuna, Hujan and Bunkface.
Even though the night undoubtedly belonged to the songwriters, lyricists and singers, it was also thumbs up for TV3 for putting up such a great show..."Ok tu je.