Isnin, Oktober 19, 2009

Sehati Berdansa 3 dari kacamata saya...

Lokasi: Sunway Resort Hotel

Saya berkesempatan menghadiri sidang akhbar memperkenalkan 9 pasangan peserta musim ketiga bersama koreografer masing-masing. Rata-ratanya acara yang sudah sinonim dengan warna ungu kali ini tampil dengan satu kelainan warna tema - biru-putih pula! Rata-ratanya ramai yang terus mencongak, seperti rancangan-rancangan terbitan Astro, apa pula kelainan yang bakal ditampilkan oleh pihak Astro untuk rancangan Sehati Berdansa kali ini...

Pertama-tamanya yang sudah kita sedia maklum, pengacara wanita sudah pun bertukar. (Satu-satunya sebab yang saya ada untuk memuaskan tanda tanya yang terbit dalam benak kepala ialah Linda bukan lagi penyampai ERA selaku radio rasmi rancangan ini!!) Namun saya percaya kepada bakat dan kesungguhan Scha yang pernah saya temui sebelum ini... Cuma masih blum kelihatan kredibilitinya di majlis memperkenalkan para peserta- mungkin kerana berasa diri masih baru untuk cuba-cuba menyelit keserasian yang ternyata telah wujud di antara Fahrin dan Awal! Kita berikan sedikit masa, lama-lama panaslah tu... Ingin juga melihat Awal menjadi 'anchor' kerana sudah tiba masanya beliau diberi kepercayaan demikian hasil pengalaman yang sudah digilap saban tahun. (Hmm, tapi kalau Awal jadi pengacara utama, Fahrin pula nak diletak di mana ya?)

Kedua: Dari ungu bertukar ke biru - terasa pula macam ke sidang akhbar Anak Wayang, namun segalanya terjawab apabila hadirin diperkenalkan dengan CELCOM BLUE yang muncul sebagai penaja rasmi musim ketiga ini - oooooooooooooooooooooo patutlah.... Warna biru pun tak jauh dari ungu sebenarnya, dan difahamkan, warna biru ini akan perlahan-lahan bertukar ke warna asal rancangan ini dalam tempoh waktu siarannya.

Ketiga: Pelik juga dengan angka ganjil 9 pasangan peserta. Bukan ke 10 kebiasaannya? Awal pun jadi keliru seketika! Antara peserta-peserta yang ditampilkan, saya pasti pasangan Enot-Zainul yang mewakili Asthma Council Malaysia paling mencuri tumpuan.

a) Enot menjadi perintis golongan berisi yang 'sporting' untuk menyertai rancangan-rancangan yang pasti banyak mencabar fizikal ini. Terbayang-bayang Enot yang mengangkat pasangannya dalam salah-satu persembahan tarian seperti kudrat Anne mengangkat suaminya pada musim kedua tahun lalu! A BIG salute to Enot to come out and accept the challenge!

b) Pasangan kedua yang mencuri tumpuan pastinya Didie-Sham mewakili Persatuan Epilepsi Malaysia. Terkenal dengan keriuhan yang disebarkannya, Didie juga 'sporting' dan menghangatkan lagi suasana pada patang itu! Namun, yang menarik perhatian saya, Didie yang sudah lama berkecimpung dalam industri lakonan tempatan menjadi antara yang 'senior' dan beliau membuktikan usia bukan faktor penghalang untuk turut serta dalam rancangan ini. Malah, Didie yang kekal cantik-langsing mewakili kumpulan umur mencecah pertengahan 30-an pasti secara tidak langsung menjadi saingan kepada peseta-peserta lebih muda dan baru dalam industri. Go Didie!

c) Dalam temubual dengan krew Sehati Berdansa, saya memilih Sazzy-Nazril, yang mewakili
Persatuan Parkinson Malaysia, sebagai peserta favourite atas sebab-sebab 'pesona kamera' yang mereka sudah sedia ada. Sekurang-kurangnya halangan pertama iaitu ' jadi kaku di hadapan kamera' buat suami-suami selebriti yang lain sudah mereka lepasi dan ini mengurangkan risiko 'macam kayu' dalam episod-episod awal nanti. Saya fikir, pasangan Zul-Isma mewakili Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia serta Sein-Nana (mewakili Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan) pun sedikit-sebanyak mempunyai kelebihan ini. Keserasian dan faktor sudah biasa di hadapan kamera pasti menyumbang banyak 'markah' SMS kepada mereka. (Tetapi itu telahan saya sahajalah...)

d) Namun saya tidak menolak kemungkinan pasangan ahli sukan Minarwan Nawawi-Norah serta pasangan 'shy but adorable' Oshin-Firdaus juga pasti mampu mencuri tumpuan penonton dengan keikhlasan/keluhuran mereka. Biasanya orang kita pasti lebih 'supportive' kepada individu yang berusaha menunjukkan ciri-ciri cubaan terbaik atas tiket transformasi "from zero to hero'. Keinginan mencuba itu sudah dikira satu permulaan yang baik! (Sampai kadang-kala kita yang menonton sendiri diuji apabila berada di persimpangan dilema melihat persembahan para peserta - Nak tepuk salah, nak gelak tak sampai hati pula!)

e) Dua lagi pasangan sudah tentu kekuatannya ada pada pasangan si isteri - Dira dan Anita. Namun siapa sangka, saya sudah nampak 'aura' pasangan masing-masing, Ash dan Ismadi, sudah mula ada pesona-pesona yang tersendiri (yang mungkin tidak dimiliki oleh peserta-peserta lain!) - bak 'alter-ego' yang sedang bersiap-sedia untuk keluar dari tubuh mereka dan menguasai lantai tari Sehati Berdansa nanti!

Untuk maklumat lanjut tentang rancangan ini, rujuk: http://www.astro.com.my/sehatiberdansa/

Selamat menonton!

Sabtu, Oktober 10, 2009

Watching movie PAPADOM with Astro CITRA!

Where: Cineleisure Damansara.

I love it! (Watch out for some spoilers- sorry, can't help it!)

I'm always a fan of Afdlin Shauki (and yeah, he really can sleep while 'working', you know! Heh heh (you won't miss the scene where he was sleeping while peeling/cut onions to make his famous papadom!)

I love Alan's character- a good friend and business partner. He sees miracle in Saadom's papadom, he believes it and he takes the risk to make it big (rupa macam samseng tapi hati baik...) And of course, I like a movie that promotes 1Malaysia feel - something you and me can really be proud of!

Farid Kamil is amazing and his cool character really yikes! That proves it works, isn't it?? Best part: When he turned away after seeing Shasha (Scha Alyahya) approaching to ask who would be his date to the award ceremony...

Que is always Que - a brillian actor. You'll laugh to know what his nickname is! Memang WAJIB TAYANG filem ni...

In her Mia's character, Liyana Jasmay is simply cute throughout the movie. No doubt. Congrats to Rockstar Princess LJ, 2009 best actress!

Though i think Scha's character is not really who she is but watching actor/actress not being themselve in a movie proves she/he - a good artist.

Last but not least, my salute goes to Nor Khiriah. She's talented and above all, she's NATURAL in whatever character given to her. Nor will be delivering her baby next month- all the best to mommy and baby!

Must-watch scene:
When Prof. Balqis (Vanida Imran) said she was confused with the fact revealed by Mia's best friend, Yvonne (Chelsia Ng) in Saadom's contenna-room towards the end of the show, FIND OUT HOW MAT REACTED TO THIS.

Here's are inks I found for some ref on movie PAPADOM:

1. http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Papadom_718
2. http://freemovie12.blogspot.com/2009/07/malay-movie-papadom-2009-watch-malaysia.html

There's something about Scha Alyahya...

Where: Here and there.
Scha, to me is an interesting rising star in the making!


My team had a great time shooting her for our October issue. I would say that she 'inspires' the fresh look in our 2009 cover collection. Having said that, I don't know about you, but yeah, there's something about Scha that inpires people around her. People like me.


In an earlier interview, she claimed she has a split personality- a normal plain girl and a tomboyish alike, which to me is normal; i bet you and me would always have that someone else inside us too and like her, we act accordingly, don't we?


She's honest, so listen when she's talking and hear her reaching out. She's sweet and simple, so don't go around complicating things because you don't have to read between the lines. Besides her TV pesona, she's approachable; and probably that is why a lot of people like you and me will be able to relate to her. She inspires, just by being and acting like a normal person. Hopefully she maintains that way...


Because Scha, to me is an interesting rising star in the making!

Menghargai HADIAH Aidilfitri

Tang mana: Aidilfitri di mata...


Uh-uh... dah lama betoi 'cek' (ganti nama untuk saya dalam loghat utara) tak online, huhu... agak sibuk kebelakangan ni jadi ibu 'sepenuh masa'! Cek ambil cuti raya panjang. Rancangan awalnya ingatkan bolehlah luangkan lebih masa di kampung halaman cek tapi bila 'business' suami dah mula beroperasi sejak awal Ramadan, cek akur saja sebab yang suami usahakan itulah jadi punca rezeki kami anak-beranak.

Memang 'syok' kalau dapat 'pause' kerja yang tak pernah habis-habis di pejabat, kan? Dan cek kata 'syok' sebab cek memang tak fikirkan sangat tentang kerja-kerja yang terbengkalai; malah cek tumpukan seratus-peratus masa cuti cek untuk anak-anak dan persiapan raya- baju raya si abang-adik, suami dan tolong ibu mertua buat kuih raya! Syoknya tengok keletah anak-anak! Memang lagi penat melayan karenah si kecil tapi berbaloi rasanya dapat tengok 'depa' membesar depan mata! Cerita masa raya tu tak banyak sangat pun, malah si suami yang kerja siang-malam setelah kedai dibuka, ambil peluang cuti raya ni nak 'qadho' waktu tidur yang tak menentu!

Yang buat cek rasa bahagia, anak-anak sudah tahu menghargai. Menghargai penat-lelah mummy-babah, menghargai masa yang mummy-babah luangkan, menghargai kampung halaman (dan 7 jam perjalanan!) Juga sudah pandai menghargai penantian wan-opah- pandai pula ambil hati mereka... Dalam kesibukan bekerja, suami yang hanya merancang nak 'recycle' saja baju raya tahun lepas, turut menghargai usaha cek dengan menyarungkan baju baru yang cek beli untuknya (walaupun cek rasa macam tak muat je...)

Tak sangka-sangka pula, cuti yang singkat di kampung membawa satu lagi hadiah istimewa; satu khabar gembira. Bila abang cek ajak abah-mama ikut kami konvoi balik KL -mereka SETUJU! Huhu... So cuti raya kami bersambung di KL pula.

Dalam banyak-banyak kenangak Raya 2009, cuma satu HADIAH ini yang tak akan cek lupakan.

Satu malam
Hari nak hujan
Kelkatu mula berterbangan
Ammar, si abang yang pantang dengan kekotoran
Mula tak senang duduk dan habis 'askar' kelkatu dikerjakan!

Sibuk melayan 'perang' imaginasi Ammar
Toleh saja nak tengok Zara
Si kecil tengah sibuk mengutip sesuatu
Pas tu suap masuk mulut...
YA ALLAH! Guess what? My tiny precious darling princess is a little dead-bug (kelkatu) eater!

Abang tukang smash; Adik tukang chew - Yikes!

Sempat la cek korek apa yang ada dalam mulut but I was sure at least one of the wing remain in the throat; flushing down to her tummy - Double yikes!!

And the PRIZE, you ask? With a heavy, thick green flu-like liquid came out from her nose, the doctor confirmed that Zara had had minor ear infection!!