Isnin, Oktober 19, 2009

Sehati Berdansa 3 dari kacamata saya...

Lokasi: Sunway Resort Hotel

Saya berkesempatan menghadiri sidang akhbar memperkenalkan 9 pasangan peserta musim ketiga bersama koreografer masing-masing. Rata-ratanya acara yang sudah sinonim dengan warna ungu kali ini tampil dengan satu kelainan warna tema - biru-putih pula! Rata-ratanya ramai yang terus mencongak, seperti rancangan-rancangan terbitan Astro, apa pula kelainan yang bakal ditampilkan oleh pihak Astro untuk rancangan Sehati Berdansa kali ini...

Pertama-tamanya yang sudah kita sedia maklum, pengacara wanita sudah pun bertukar. (Satu-satunya sebab yang saya ada untuk memuaskan tanda tanya yang terbit dalam benak kepala ialah Linda bukan lagi penyampai ERA selaku radio rasmi rancangan ini!!) Namun saya percaya kepada bakat dan kesungguhan Scha yang pernah saya temui sebelum ini... Cuma masih blum kelihatan kredibilitinya di majlis memperkenalkan para peserta- mungkin kerana berasa diri masih baru untuk cuba-cuba menyelit keserasian yang ternyata telah wujud di antara Fahrin dan Awal! Kita berikan sedikit masa, lama-lama panaslah tu... Ingin juga melihat Awal menjadi 'anchor' kerana sudah tiba masanya beliau diberi kepercayaan demikian hasil pengalaman yang sudah digilap saban tahun. (Hmm, tapi kalau Awal jadi pengacara utama, Fahrin pula nak diletak di mana ya?)

Kedua: Dari ungu bertukar ke biru - terasa pula macam ke sidang akhbar Anak Wayang, namun segalanya terjawab apabila hadirin diperkenalkan dengan CELCOM BLUE yang muncul sebagai penaja rasmi musim ketiga ini - oooooooooooooooooooooo patutlah.... Warna biru pun tak jauh dari ungu sebenarnya, dan difahamkan, warna biru ini akan perlahan-lahan bertukar ke warna asal rancangan ini dalam tempoh waktu siarannya.

Ketiga: Pelik juga dengan angka ganjil 9 pasangan peserta. Bukan ke 10 kebiasaannya? Awal pun jadi keliru seketika! Antara peserta-peserta yang ditampilkan, saya pasti pasangan Enot-Zainul yang mewakili Asthma Council Malaysia paling mencuri tumpuan.

a) Enot menjadi perintis golongan berisi yang 'sporting' untuk menyertai rancangan-rancangan yang pasti banyak mencabar fizikal ini. Terbayang-bayang Enot yang mengangkat pasangannya dalam salah-satu persembahan tarian seperti kudrat Anne mengangkat suaminya pada musim kedua tahun lalu! A BIG salute to Enot to come out and accept the challenge!

b) Pasangan kedua yang mencuri tumpuan pastinya Didie-Sham mewakili Persatuan Epilepsi Malaysia. Terkenal dengan keriuhan yang disebarkannya, Didie juga 'sporting' dan menghangatkan lagi suasana pada patang itu! Namun, yang menarik perhatian saya, Didie yang sudah lama berkecimpung dalam industri lakonan tempatan menjadi antara yang 'senior' dan beliau membuktikan usia bukan faktor penghalang untuk turut serta dalam rancangan ini. Malah, Didie yang kekal cantik-langsing mewakili kumpulan umur mencecah pertengahan 30-an pasti secara tidak langsung menjadi saingan kepada peseta-peserta lebih muda dan baru dalam industri. Go Didie!

c) Dalam temubual dengan krew Sehati Berdansa, saya memilih Sazzy-Nazril, yang mewakili
Persatuan Parkinson Malaysia, sebagai peserta favourite atas sebab-sebab 'pesona kamera' yang mereka sudah sedia ada. Sekurang-kurangnya halangan pertama iaitu ' jadi kaku di hadapan kamera' buat suami-suami selebriti yang lain sudah mereka lepasi dan ini mengurangkan risiko 'macam kayu' dalam episod-episod awal nanti. Saya fikir, pasangan Zul-Isma mewakili Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia serta Sein-Nana (mewakili Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan) pun sedikit-sebanyak mempunyai kelebihan ini. Keserasian dan faktor sudah biasa di hadapan kamera pasti menyumbang banyak 'markah' SMS kepada mereka. (Tetapi itu telahan saya sahajalah...)

d) Namun saya tidak menolak kemungkinan pasangan ahli sukan Minarwan Nawawi-Norah serta pasangan 'shy but adorable' Oshin-Firdaus juga pasti mampu mencuri tumpuan penonton dengan keikhlasan/keluhuran mereka. Biasanya orang kita pasti lebih 'supportive' kepada individu yang berusaha menunjukkan ciri-ciri cubaan terbaik atas tiket transformasi "from zero to hero'. Keinginan mencuba itu sudah dikira satu permulaan yang baik! (Sampai kadang-kala kita yang menonton sendiri diuji apabila berada di persimpangan dilema melihat persembahan para peserta - Nak tepuk salah, nak gelak tak sampai hati pula!)

e) Dua lagi pasangan sudah tentu kekuatannya ada pada pasangan si isteri - Dira dan Anita. Namun siapa sangka, saya sudah nampak 'aura' pasangan masing-masing, Ash dan Ismadi, sudah mula ada pesona-pesona yang tersendiri (yang mungkin tidak dimiliki oleh peserta-peserta lain!) - bak 'alter-ego' yang sedang bersiap-sedia untuk keluar dari tubuh mereka dan menguasai lantai tari Sehati Berdansa nanti!

Untuk maklumat lanjut tentang rancangan ini, rujuk: http://www.astro.com.my/sehatiberdansa/

Selamat menonton!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan