Selasa, Januari 12, 2010

MABUK...




LAUT! @ lokasi: Tasik Putrajaya.


Berkesempatan menyertai rombongan pelayaran SINAR FM di Tasik Putrajaya setelah lagu Pelangi Petang nyanyian Allahyarham Sudirman Hj. Arshad menggungguli '100 RETRO SINAR 2009', saya dan suami memang tidak menyangka ia antara malam terindah pembuka tahun 2010 -- jauh dari hiruk-pikuk kotaraya dan penat lelah kerja yang menimbun! Tiada pelangi petang itu, perjalanan kami cuma diiringi hujan gerimis dan disambut secara eksklusif oleh pihak Cruise Putrajaya!

SINAR sekali lagi tidak lupa meraikan acara ini bersama 10 pendengar bertuah yang menyertai peraduan dalam talian ini. Antara mereka ada yang datang jauh dari bandar Melaka. Namun, saya berani jamin dan buat kesimpulan bahawa perjalanan jauh mereka tentunya 'berbaloi-baloi' (meminjam 'tagline' iklan Celcom) dengan layanan istimewa daripada Team SINAR dan pihak Cruise Putrajaya sendiri. Makan malam hidangan Hotel Shangri La pun memang sedap! Dua kali saya tuntun 'hot bun & butter' tu tau!

Ada ker yang mabuk laut?? Jawapannya SUAMI sendiri! Huhu... Suami saya mengaku ada tikanya terasa juga macam mabuk laut... (Or should it be 'mabuk tasik'??) Saya pun dah lama tak menjenguk Pak Tam, Zul, Kak Abby, Abang ZZ, Krill dan SY serta Hani dari Unit Publisiti. Oh seperti biasa, S.Y paling menghiburkan dengan sesi karaoke-nya! Lagu Inul yang gerudi sakan pun si dia LAYANZZZZZZZZZZZ!! Dan paling mengejutkan tentunya berita L.O yang telah mengambil keputusan meninggalkan SINAR. Sekian lama Linda Onn berkhidmat di AMP SDN BHD -- dari zaman kegemilangannya di ERA sehingga 'survival period' nya di konti SINAR, akhirnya Linda 'tunduk' kepada kehendak semasa yang menuntut dirinya mengundur, membawa diri. Apa sebabnya? Hmm, apa jua tafsiran anda dan saya, saya percaya Linda punya sebab tersendiri dan hormatilah keputusannya yang pasti tidak mudah untuknya sampai ke tahap itu. Untuk ini, saya tujukan lagu di tangga ke-55 Bukanku Tak Cinta nyanyian Iklim (dari Linda kepada SINAR) dan lagu di tangga ke-94, 'Jangan Ada Benci' nyanyian Casey untuk SINAR, L.O, pihak pengurusan dan para pendengar.

Buat pendengar-pendengar setia L.O di SINAR, kesimpulan daripada ucapan perpisahan Linda malam itu sedikit sebanyak dapat saya kaitkan dengan pepatah lama Inggeris yang berbunyi, "If you love something, set it free; if it is yours, it will come back to you..." Mungkin dalam kes Linda, beliau tak akan berpatah balik. Linda tak "mabuk" dengan pencapaian peribadinya; "she's just moving on..." Pendapat saya yang tak seberapa, sebagaimana Linda membawa 'fan-base' yang besar yang menyumbang kepada peningkatan jumlah pendengar SINAR, pemergian Linda pasti juga sedikit-sebanyak menggugat figura tersebut. Lagu di tangga ke-91, 'Kau Merubah Segalanya' (Fauziah Latiff) paling sesuai!

Untuk itu, tak boleh 'mabuk-mabuk' (sebab Kak Nila yang mengandug anak ketiga pun dah tak ada loya-loya dah!), SINAR kena terus bertahan atau memperkenalkan satu variasi baru/segar dalam perjuangan elemen retronya yang setakat ini masih menggungguli genre kelompok lagu-lagi malar segar. Menjelang 2010, siapa agaknya yang bakal muncul mencabar kedudukan stesyen ketiga terbaik Malaysia keseluruhan dengan format Bahasa Malaysia ini ya? Kena pro-aktif, jangan tunggu sampai ada persaingan sengit baru nak kelam-kabut buat perubahan. Itu kan langkah orang kurang berilmu namanya? Bak lagu Mega di tangga ke-9, jangan jadi 'Bayangan Gurauan'. Ini pendapat saya sajalah...

Namun satu perkara menarik tentang SINAR, ia bukan sebuah stesyen radio yang 'mabuk-mabuk' tak tentu hala, kacau-bilau dengan gandingan penyampai berebut-berebut nak bersuara atau bising-bingit dengan jeritan suara dalam iklan mahupun penyampainya sendiri... Call me old but, SINAR memang relaks, santai dan sempoi. Saya mungkin sukar menerima sesetengah lagu rock tangkap lelehnya, tapi kredit saya berikan buat para penyampainya yang bukan dari kalangan calang-calang orang - semuanya berpengalaman -- been there and done that type of people, matured, pofessional and approachable. Mark my words, a lot of people can be friendy but that doesn't mean they are approachable. Adat orang kita, cakap berlapik, bersikap diplomasi dan tidak mengikut emosi hati... Dan sekali lagi, ni cuma pendapat saya sajalah (yang pernah berada dalam Team tu)...

Semoga 2010 menjadi tahun yang lebih sukses buat Team SINAR, yang kini diwartakan kembali orang-orang kuat dan pakar unit web belakang tabirnya yang sebelum ini ''dipinjamkan'' sementara kepada Digital 5! Selamat kembali Ijan, Shukri, Irene a.k.a 'Siti Irena' dan rakan-rakan. Selamat kembali ke pangkuan Zul Ahmad, sifu saya yang bersih, cekap dan amanah. Cuma mungkin cik abang Jepf lebih bahagia di sana bersama murai batunya... hehe :)

Semoga adik-adik Ejen saya - Jaja, Shah, Eman bersama Bam, Shafiq dan Zack, juga akan terus meningkat dewasa (matured NOT old!!) di samping terus menimba pengalaman menjadi individu yang lebih besar jiwa dan cita-citanya! Jangan mabuk laut (sebab tak tahan naik bot), mabuk cinta sampai kerja terbengkalai, mabuk kumpul wang dan harta hingga membelakangkan kawan-kawan. Teruslah 'Memburu Impian!' (Lagu Kazar di tangga ke-15).

Untuk keputusan akhir 100 RETRO SINAR 2009, klik http://www.sinar.fm/info/Notis/default.asp?id=33


Tiada ulasan:

Catat Ulasan