Sabtu, November 28, 2009

Mengapa judulnya Pisau Cukur?

Apa ada pada nama? Bagi saya, nama itu segala-galanya. Nama itu satu doa. 44 kali orang menyebut nama anda, jika elok maksudnya, maka eloklah jadinya. Itu kepercayaan saya. Jadi bagi saya, nama itu sangat penting dan ia perkara pertama yang mendekatkan anda dengan seseorang. Sampai bila anda mampu berhubung dengan hanya 'I', 'you', saya, awak dan sebagainya? Dan bukankah sukar untuk merujuk seseorang kepada seseorang yang lain denga hanya melabelkan si mamat/minah tu atau sekadar si polan atai si anu saja, kan? Mengingatkan anda dan diri saya sendiri, nak letakkan nama anak-anak yang baru lahir misalnya, letakkanlah nama dengan makna yang baik, yang elok, yang indah - Insya-Allah, yang baik, yang elok dan yang indah jugalah dia jadinya! Seorang selebriti muda yang pernah saya tonton di kaca TV tidak lama dahulu tatkala ditanya mengapa bayinya diberi nama sekian-sekian (yang ternyata jauh dari sebutan/maksud Islam), jawabnya, "Entahlah, I suka sangat nama tu. Cute sangat character budak dalam drama tu. Bila orang sebut nama dia, orang tahu nama tu mesti dari drama 'sekian-sekian'..."

Tajuk-tajuk drama pun begitu. Dalam kerjaya saya, harus saya akui kadang-kala saya memang terganggu dengan judul-judul yang singgah ke meja saya... Alasannya, ini yang diminta penonton. Aduhai, jika benar itu adalah untuk memenuhi citarasa penonton, ya Allah, saya juga seorang penonton televisyen dan saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk lebih sensitif dan peka dengan apa yang disogokkan kepada anda...

3 Janda, Kopi Janda, Di Bawah Ketiak Isteri dan ya, memang saya terganggu dengan judul filem "Pisau Cukur" dan saya akui, sekali lagi antara sebab-musabab filem ini diberi judul sedemikian rupa, saya percaya, jawapannya ialah kerana rakyat Malaysia pasti boleh 'relate' dengannya, selain sangat 'catchy' bunyinya. Ceritanya pun sangat, sangat menarik... dan di sebalik judul itu, pengkisahannya membawa anda menyelami jiwa gadis-gadis yang dilabel dengan jolokan itu. Pengajarannya, jangan senang-senang panggil orang 'pisau cukur' jika anda tidak tahu asal-usul mereka, tidak kenal siapa mereka sebenarnya... Tapi yalah, ini pendapat saya sahaja. Bukan saya yang menapis dan dan mengawal mutu piawaiannya. Saya juga tidaklah sekreatif penulis skrip yang lebih memahami isu kupasan yang dikaji-selidiknya.

Ok, sekarang jom saya kongsi serba sedikit tentang cerita Pisau Cukur. Skrip memang best dan lakonan dari setiap pelakonnya memang 'superb'!

Lokasi: GSC MidValley.

Pertama kali melihat Maya Karin membawa watak 'segedik' itu memang menghiburkan! Maya Karin membuktikan bahawa dia bukan sekadar menerima watak-watak berat sahaja. Sebenarnya, watak Bella juga boleh dianggap berat kerana latar belakangnya yang perlu menyara ibu dan adik yang masih belajar menjadikan dia sangat komited untuk hidup senang. Jadi apa yang anda lihat pada Bella, dengan rupa paras yang cantik, dia sebenarnya seorang yang sangat 'determined' dan pembuka cerita di mana dia menyertai peraduan "Who Wants To Marry A Millionaire" pun sangat simbolik! Tak sabar nak menonton lakonan Maya sebagai Natrah di pentas teater Istana Budaya pula!!

Watak Intan Mastura yang dipegang Fazura lebih ekstrem. dalam kegedikannya, siapa sangka dia sebenarnya bijak juga. Wataknya banyak mengingatkan saya kepada lakoan Reese Witherspoon dalam filem Hollywood, 'Legally Blonde'. Sebab itu orang kata, jangan pandang orang sebelah mata! Orang yang anda pandang sedemikian mungkin punya kepakaran yang tersendiri yang anda tidak pernah tahu-menahu pun. Fazura memang 'brilliant and natural' dan saya tidak dapat menamakan pelakon lain yang mampu membawa watak sedemikian selainnya! Dan dalam kesenagan hidup yang dikecapinya, terselit suasana yang menunjukkan dia sebenarnya 'terikat' dengan kehidupan itu. Ini jelas kelihatan apabila Fazura memberikan ekspresi wajah yang 'bebas' setelah dia membuat keputusan di akhirnya... Apa ya keputusan itu, kenalah anda tonton sendiri untuk kesan yang lebih mendalam! Bravo Fazura!

Yang saya nak kongsikan di sini ialah tentang pendatang baru, Shahredza Minhat. kalau ikut resam dunia, memang ada lelaki yang bercakap jenis tak buka mulut. Ada juga lelaki yang reaksinya ala-ala kayu gitu dan kebetulan pula watak Faqir yang dibawanya memang ada karaktor 'kombo' ini. Jadi saya tak fikir dia mencacatkan perjalanan cerita pun! Bercakap tentang 'memandang orang dengan sebelah mata', inilah yang terjadi kepada Bella dan Intan yang hanya mengingati Faqir dengan gelaran 'gigi besi". Sudahlah nama pun fakir, bergigi besi pula tu... Siapalah yang hingin, kan?? To me this is very catchy because in real life, that's what we actually are. Kita selalu terlepas pandang pada individu-individu yang tiada atau tidak membawa apa-apa kepentingan kepada kita sehinggalah kita mengenali siapa dia yang sebenarnya. Menariknya tentang watak Faqir dia banyak mengingati perkara-perkara penting yang sesetengah daripada kita mungkin tidak ambil pusing tentang orang lain. Perkara-perkara kecil yang Bella utarakan tentang mahu melihat anak-anaknya hidup senang dan tidak perlu hidup susah seperti kehidupannya ketika kecil... That to me, is very thoughtful, symbolic and deep.

Adegan paling menarik tentunya adegan romantik Aaron Aziz dan Fazura yang take-nya perlu diulang-ulang. Kalau filem Hollywood, si Intan yang banyak mulut tu dah sah-sah kena cium dek hero, kan? Heh heh... tapis, jangan tak tapis! Satu lagi tentunya adegan di lantai tari! Best tengok Maya Karin menari dan watak Yasmin Yusuff sangat mengerikan, beb!! Again, Faqir's character is very mystirical. Tapi bak orang kata, kalau dah suka, tentu kita akan berusaha mengejarnya, kan?

Yang pasti, saya nak tengok "Pisau Cukur" 2! Nak tengok macamana Intan dan Ari (Aaron Aziz) bekerjasama dan jatuh cinta sekaligus. Mungkin Intan sendiri bakal menjadi mangsa apabila Suri (Liyana Jasmay) mahu membalas dendam setelah keluar dari penjara. Pada masa yang sama Datuk Salleh (Radhi Khalid) pun mengupah orang untuk mengacau-bilaukan hidup Intan sebagai tanda Intan tidak dapat hidup tanpa bantuan yang diberikannya selama ini. Yalah, kita tak tahu kemampuan orang yang memopunyai duit yang banyak berkepuk-kepuk... Kiranya, di sinilah cinta Ari terhadap Intan akan teruji...

Bella pula telah menyedarkan Datuk Hisyam (Eizlan Yusuf) yang dia harus bangkit demi kebahagiaan bersama Bella, wanita yang kini mula bertahta di hati. Maka terjadilah konflik keluarga antara dia dan kakaknya dan kisah hidup Bella menjadi bak dongengan "Cinderella". Tetapi Bella juga ada Faqir untuk difikirkan dan saya pasti watak misteri Faqir akan terus diperkembangkan dengan pelbagai kemungkinan! Mungkinkah dia lelaki upahan Intan yang tidak sanggup melihat rakan baiknya itu kemurungan setelah terkeluar dari rancangan "Who Wants To Marry A Millionaire?"... Maka konflik dalam persahabatan juga akan timbul!! Hahaha... Itu sahaja, sekian dahulu, terima kasih. Kena balik jenguk anak-anak kat rumah pula ni!!!

Lain-lainnya tentang Pisau Cukur, karya garapan Bernard Chauly (arahan) dan Rafidah Abdullah (skrip), sila layari http://www.pisaucukur.com.my/ and enjoy!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan