Selasa, Disember 29, 2009

AKADEMI FANTASIA 8: Ada bakat? Pi la uji!


LOKASI: Di tengah-tengah kesibukan ibukota Kuala Lumpur!

Isnin, 28 Disember 2009 - Astro Ria dan para juri sesi ujibakat kini dengan rasminya telah mengumumkan tarikh dan lokasi-lokasi untuk ujibakat AF musim kelapan. So, siapa kata AF dah tak ada?

1. 9 & 10 Jan: Stadium Nasional Bukit Jalil, KL
2. 16 & 17 Jan: The Zon, JB
3. 16 & 17 Jan: Redbox Gurney, Plaza Gurney, Pulau Pinang
4. 22, 23 & 24 Jan: Hotel Promenade, KK, Sabah
5. 23 & 24 Jan: Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak
6. 30 & 31 Jan: Stadium Nasional Bukit Jalil, KL

Maklumat lanjut di http://www.astro.com.my/akademifantasia dan http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=5305&c=1&s=1


------------

Dah masuk musim kelapan dah no! Teringat lagi masa bujang-bujang dulu... Rumah Dr. Nana selalu jadi 'port' kami melepak (cara baik) hujung minggu. Takde life? Oh here is where our lifes are- Me, Nuha, Shaf, Zana and the host. Masa tu, only Nana je yang dah kahwin - dah nikah - secara rasmi. Hujung minggu, layan dinner depan TV kat rumah yang pernah kena 'transformed' dalam rancangan Casa Impian.

Masa wedding Nana jugak la, saya temui Encik Juan, yang jadi co-MC Zana masa wedding Nana-Chot at Concorde Hotel, KL. Saya jadi tukang buat skrip dengan pantun-pantunnya sekali. Lepas tu, ambil baton as bridesmaid together with Nuha and Shaf and a few other girls...

Ok back to Nana's Casa Impian residence- musim pertama Akademi Fantasia, kamilah penonton setia saban minggu. Kerja saya masa tu kena buat LIVE SMS FEED for FI races around the world pun sometimes memang clash dengan malam konsert AF. Tapi ihsan tuan rumah, Nana and Chot, akan sediakan their study room as my SOHO. Thanks guys coz this I will never forget!

Dari minggu ke minggu, tahun ke tahun, hubungan saya dan Encik Juan semakin rapat, bertunang, berkahwin, beranak satu dan beranak dua... Di sana juga bekas ketua pengawas paling kecik-comel-molek yang saya kenal, Cik Nuha, pernah bawa seorang jejaka comel yang pada mulanya kami sangka anak buah dia yang belajar kat KL- whoops, sorry ya Azha! Now they are blessed with two little heroes, Adam and Thoriq - or should I say - two little Ben10s??

Zana yang masa first time balik from US, off all the thing yang dia cari - dia cari CEKODOK pisang lenyek tu, mana ada jual kat restoran! Weh, ada ker?? Jurutera tinggi lampai bermata sepet yang kami sangkakan macam dah ready, ready nak sattle down dengan ekhem, ekhem tu kini ternyanta bahagia dengan Fendi and waiting for the arrival of their tiny little angle... Shaf pun apa kurangnya, bersilih ganti jugalah pasangannya sebelum betul-betul jumpa che abang Rizal. Tak sabar nak jumpa si bulat-bulat Baby Liyana during our get-together this jan 1st 2010!
Itulah jodoh namanya, kan? Kita sebagai hamba manusia hanya mampu merancang, Dia jugalah yang menentukannya... Sedih juga apabila casa mahligai impian yang dibina Nana dan Chot setelah perkenalan mereka mencecah 10 tahun lamanya, sejak zaman 'hingusan' kami, terlerai ketika Afrina belum mencecah usia dua tahun. Atas nama takdir jodoh yang tak berpenjangan, mereka akur dengan ketentuan perpisahan di akhirnya...

Itu cerita Akademi Fantasia saya. U'ols ada cerita AF yang tersendiri ker? Jom kita share jom!

2 ulasan:

  1. masih tak cukup artist lagi ke sampai AF ni nak kene continue..hahah ..hana layak tak agaknya?

    BalasPadam
  2. Sorry la Hana if you're not into it. Whether you like it or not, the demand is still there. If you're talking about the lambakan AF students tu, from Astro point of view, AKADEMI FANTASIA is a platform to rise and shine. Nama pun AKADEMI- jadi dah sah-sah la macam kita pi sekolah/college dulu. Ada yang excell, ada late-bloomer, ada yang kurang menyerlah and ada juga dropouts, kan?... Mcm sekolah/college dulu pun, the learning institution can only provide the materials, syllabus, teachers but in the end of the days, it is up to the individual students to make something out of it. Correct or not?? Layak tak layak, kena la try pi audition. Belum cuba belum tahu, dong! :) kalau confirm ada bakat, mustahil tak terpilih. Who knows, you cld be the next AF champion everyone's been looking for! Good luck!!

    BalasPadam