Isnin, Jun 15, 2009

Permulaan satu bab yang baru

Lokasi: Muar, 6 Jun 2009

Wah, akhirnya saya jejaki juga Pekan Muar yang disebut-sebut tu! Disebut-sebut juga perjalanan dari KL-Muar lebih kurang 2 jam. Tapi bagi orang baru macam saya yang baru kali ketiga masuk negeri Johor selepas JB dan Kota Tinggi, saya buat pengiraan lebih kurang 3 jam perjalanan. Tetapi kemain lagi sibuknya trafik di lebuhraya KL-Seremban pada hari tu! Sesak sepanjang jalan terutama di setiap simpang keluar Tol!!

Bertolak pukul 10 pagi. 3 petang baru sampai rombongan Cik Kiah dari Astro dengan 10 + 1 dulang kenderaan, (Bukan dulang hantaran!) Yang '+ 1' tu kereta MyVi adik ipar sayalah! Banyak jugalah nama-nama tempat baru yang saya temui sepanjang jalan. Paling tak dapat dilupakan ialah Parit Ponorogo. Nasib baik juga tak tersalah rumah macam Pak Nil. Huh, memang dah turun kereta dah. Tangan kiri-kanan pegang anak-anak. Kalau tak kerana ringan mulut bertanya ahli pasukan Rela, 'Ini rumah Nana, ya?' Rasa-rasanya saya dah siap senteng lengan baju, senduk nasi dan lauk-pauk untuk dijamah anak-beranak. Maklumlah jauh perjalanan, lapar pula tu! Suami pun letih juga hampir 5 jam memandu.

'Bukan, ini rumah Cikgu Mat Zain..." Jawabnya. "Cikgu Mat Zain atau Che Mahazan?" Tanya saya lagi. ""Sebelah sana, sana," Tunjuk si kakak Rela. Oooooooooooooooooo dua kenduri berbeza rupanya. Tapi dah macam bersambunglah pula khemah-khemahnya... Hidup berjiran begitulah adatnya - walaupun dah dibawa berbincang, alih-alih tumpang kongsi lorong, kerusi, meja dan kegembiraan hari bahagia! Ucap selamat pengantin baru buat Nana-Brian. Selamat pengantin baru buat jiran Nana jugalah ye! Hehe... Majlis Nana, saya percaya, terus bersambung ke lewat petang. Mana taknya, ramai lagi yang tersangkut dalam kesesakan. Masa saya dan keluarga nak balik pun, ada juga yang baru tiba bertandang! Dengarnya juga si Reza, kerana ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan, keesokannya baru sampai. Kononnya nak buat reunion di majlis perkahwinan Nana-Brian. Reunion berperingkat-peringkat juga jadinya!

Nana yang saya kenal ketika bertugas di bahagian radio, memang seorang yang kuat jiwanya. Dengan abang pun, dia macam seorang kakak. Katalah apa nak kata, dia relaks macam biasa. Kalau ikutkan komen media, memang pernah dicap itu, ini. Kalau ikut luahan emosi di Internet, bermacam-macam jugalah kata suka-duka yang diulas, ditulis. Tapi itu dulu. Setahun-dua kebelakangan ini, banyak juga terpampang wajahnya di majalah-majalah dan suratkhabar. Kebanyakannya juga lebih kepada yang positif dari yang negatif. Saya pun sebenarnya baru saja selesai mewawancara dirinya dan Dina sebagai pengendali Carta ERA. Masa yang mematangkan, mungkin? Mematangkan Nana. Mematangkan anda dan saya.

Dalam ramai-ramai penyampai yang saya kenali, Nana paling kerap buat kenduri. Huh, kadang-kadang, teringat-ingat kepada pulut kuning yang dikendongnya sebulan sekali. Ditanya apa sebabnya menjamu kawan-kawan ni? "Adalah Nana buat kenduri kesyukuran sikit..." Itu jawapan pasti. Mungkin sedikit sebanyak, saya antara saksi yang melihat Nana dewasa di depan mata. Sebab Nana juga, saya menemui Jaja, pengganti sementara yang mengambilalih tugasan ketika saya perlu bercuti untuk melahirkan anak yang sulung. Tak sangka ya, cinta Nana-Brian rupanya berputik di depan mata! (Juga cinta Jaja yang datang dan pergi... Semoga Jaja menemui pilihan hati yang serasi. Jangan sampai botak kepala lagi - and you deserve to be happy!)

Bak gosip-gosip selebriti lain, saya anggap itu adat dalam industri. Tapi Tup! Tup! Kad jemputan singgah ke tangan... Kisah cinta Nana-Brian, kisah benar rupanya! Alahai, tiba-tiba hati saya jadi sayu sebab sudah banyak cerita-cerita cinta selebriti yang kecundang di tengah jalan... Pelbagai faktor yang menyumbang, kesuntukan masa untuk bersama, tahap 'kedegilan' masing-masing, ego tak nak kalah, kerja, kerja dan kerja. Namun saya pasti, Nana sudah bijak membuat keputusan. Malah Brian pun bukan calang-calang orangnya. Bukan setahun-dua umurnya, bukan sekali-dua bercinta. Apabila melibatkan dua jiwa, pasti sudah dirungkai segala persoalan. Sudah dikupas segala buah pemikiran. Sudah diperjelas isi hati, luar dan dalam.

Saya pernah berbual dengan si cantik manis Lisa Surihani tentang 'perkahwinannya' dengan Farid Kamil dalam filem I'm Not Single (akhirnya saya dapat juga menontonnya di Astro CITRA!) Lisa pun bersetuju bahawa 'a marriege is not an ending to a beautiful love story. It is a beginning to a new chapter called FAMILY', Tambah-tambah dalam Islam, besar tanggungjawabnya apabila sudah bergelar seorang suami, seorang isteri. Besar lagi tanggungjawabnya untuk sama-sama menghidupkan masjid yang dibina. Yalah wanita moden hari ini, berkelulusan tinggi, bekerjaya dan berkemampuan membeli itu ini dengan wang ringgit hasil titik peluh sendiri. Tanpa lelaki pun masih boleh berdikari (cuma hidup sedikit kosong tak dilengkapi...) Kalau dah biasa dengan cara sendiri, tup! tup! masuk alam berumah tangga kenalah pula kongsi itu ini, minta izin ke sana ke sini, ada toleransi, saling mempercayai, setia, amanah, jujur dan banyak lagi, yang tak mungkin dapat diraih dalam masa 1 hari, 30 jari mahu pun 365 hari! Kata kuncinya: SOD-BA-RO! Banding-bandingkanlah dengan ibu bapa kita atau datuk nenek kita yang boleh bertahan berpuluh-puluh tahun lamanya. Kena tanya apa rahsia mereka. Kena gali apa petua amalan yang dilaksana. Yang penting, jangan PENTINGKAN DIRI; jangan sekali-kali membuat keputusan dalam keadaan baran dan marah membara. Ikut rasa, binasa. Ikut hati, sen-dri ada rugi! Remember - 2's a company; 2's A TEAM!

Rasanya dah tersasar jauh nih! (Kiranya macam saya mengingatkan diri sendirilah juga ni...) Maklumlah, dah lama tak makan nasi kenduri! Menghadiri majlis perkahwinan Nana bagai mengimbau detik-detik kenangan majlis perkahwinan sendiri yang bakal mencecah lima tahun usianya! Dan saya pasti suami pasti bersetuju bahawa sampai ke saat ini, kami masih dalam proses mengenali hati budi... Bab suka tak suka, gemar tak gemar, mungkin banyak yang boleh ditelah tapi masih banyak benda yang belum boleh kami mengagak terutamanya dalam situasi-situasi luar jangkaan, jangkauan minda. Situasi-situasi yang belum pernah diuji, diduga... (On a smaller scale: Tak percaya, cuba tanya my hubby, what are the last 4 digits in my IC! Heh heh... But if you're reading this honey, not one bit nor one skip of a heartbeat that I regret choosing to live my life with you!)

Oih! Lupa pula tengah bercerita tentang wedding Nana! Asyik lari fokus je nih... Oklah, kesimpulannya, wedding Nana sempoi macam orangnya. Nana tetap Nana. Tak ada control-control. Atas pelamin pun dia boleh main 'keloi' geng ERA naik pelamin ambil gambar! Huhu... And best jugak dapat jumpa Fafau yang dah lama sangat tak jumpa! Selalu comot je kena cuci kereta dalam 'Gadis Cuci' dan kay-poh-chi sungguh dia dalam Melodi! Hahaha... Manalah perginya Anida, Kak Zu, Kieran, Zizi dan yang lain-lainya tu ek... Ok tu je!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan